Tuesday, November 10, 2009

beRita keNGkaWaN

1. Minggu lepas bertemu dengan Apek dpA (Wan Mazlan) di pejabat Sutok bersama-sama Kerbau dbS. Apek kini sudah menjadi pegawai pinjaman Ar-Rajhi Bank bersama-sama Kerbau. So hari tu kat ofis Fadil Sutok, Kerbau bagi kursus sikit la kat Apek untuk menjadi pegawai pinjaman tersebut. Macam-macam cara kengkawan tambah pendapatan sekarang ni.

2. Beberapa hari lepas juga Kerbau dbS ada sms beritahu beliau ada bertemu dengan Joe Malady diB di Kuantan. Joe Malady memberitahu Kerbau bahawa Pian diB yang mengikuti isteri beliau melanjutkan pelajaran di New Zealand sudah kembali ke Malaysia tetapi Joe Malady kata beliau belum dapat bertemu dengan Pian lagi di Kuantan. Aiih..kengkawan senyap-senyap je balik dari obersea tak nak beritahu rodong. Maybe nak bagi settledown dulu kot maklumlah dah beranak kecik sekarang ni Pian tu. Apa jadi dengan cybercafe Pian kat Jalan Beserah, Kuantan tu yer?

3. Start Rabu ni jadi Pengurus Rumahtangga pulak saya kerana SK ada mesyuarat Prudential Asia IT Head sehingga Sabtu di ShangriLa Tanjung Aru, Sabah. 4 dan 5 Disember plak SK pergi Singapore dan awal Januari 2010 SK akan ke Macau, China seminggu. Makan meggi la kita Aimin yer... nasi kandar mamak pun best giler jugak...kuah campur semua taruk kambing 3 ketul yer....Line Clear.

P/S : Tu gambar kat atas tu Aimin pergi holiday dengan MakTok dia kat villa air panas. Ada private jacuzzi dan pool. Syiok dan luxury giler Aimin kata... hai mentang2 dah abih peksa...tu tak tau la result nanti... main lagi banyak dari belajor...hai budak2 sekarang ni.

Monday, November 02, 2009

seMbaNG

Seminggu takde idea nak tulis apa-apa dalam blog. Sebenarnya satu lagi sebab bila kat rumah malas dah nak buka komputer dan menulis...macam rasa nak rilek jer memanjang...mengunyah sambil tengok TV. Rakan budiMaN pun tak banyak yang menghubungi atau menyampaikan apa-apa perkembangan terkini, tu pun satu hal jugak. Cuma macam biasa minggu lepas ada jumpa Sutok dbS dan Raman dbS mengeteh kat ofis Sutok. Semuanya mengeluh sebab bisnes slow giler dan tak tahu apa planning nak buat. Charlie diB pulak ada call saya Jumaat lepas beritahu Antu dpA ada datang KL dan ajak bergolfing pada pagi Ahad tapi saya tak dapat nak join plak.

SK pulak sibuk memanjang sekarang dan balik pun dah malam jadi terpaksa ambil alih tugas untuk jemput Aimin dari sekolah tiap-tiap petang. 11hb Nov ni SK ada Prudential Asia IT Meeting lagi 4 hari kat Kota Kinabalu, jadi macam biasa kena jadi pengurus rumahtangga lagi la. Januari ni SK maybe terbang lagi ke Macau, China selama 5 hari untuk BCP Meeting. Cadang-cadang macam nak tumpang sekaki jugak sebab dia orang kata Macau tu macam Venice kat Italy tambahan pulak Januari, musim winter kat sana dengan suhu 14 C. Kena kumpul duit slow-slow sehari RM10 maybe boleh beli tiket AirAsia kot kalau kena time murah.

Musim periksa pun dah tiba..periksa Akhir Tahun, periksa SPM dan sebagainya. Aimin yang Tingkatan 2 akan start periksa akhir tahun mulai hari ini sampai Jumaat. Sementara Sarah akan ambil SPM mulai 18hb Nov ni dan berakhir pada 10hb Disember nanti. Anak-anak budiMaN yang akan ambil SPM tahun ini yang saya tahu ialah anak Sutok dbS dan anak Kudin Mekanik. Mudah-mudahan anak-anak budiMaN yang akan mengambil peperiksaan akan dapat menjawab dengan tenang, dipermudahkan dan mendapat keputusan yang baik dan cemerlang nanti. Amin. Kita doakan semua sekalilah anak-anak budiMaN samada yang ambik UPSR, PMR, SPM, STP dan semua peperiksaan yang diduduki oleh mereka. Amin sekali lagi.

Lepas peperiksaan nanti, cuti sekolah pulak. Pening pulak nak fikir mana nak holiday atau apa nak bagi budak-budak ni buat dari duduk melangut kat rumah. Dalam kepala saya ada dah plan sikit-sikit nak bagi budak-budak ni adventurous dengan belanja yang murah sikit tapi nanti la announce kat dia orang lepas periksa nanti kot.

Banyak pulak cerita saya tulis malam ni. Ni sambil tengok EPL kat TV Birmingham lawan Man City. Musim EPL ni nampak makin seronok terutama kepada penyokong-penyokong MU dan Chelsea serta Arsenal macam saya. Penyokong Liverpool mungkin ada sedikit tak syiok la. Tapi saya percaya Arsenal mungkin akan dapat satu piala tahun ini kalau dengan persembahan yang berterusan macam ni. Apa-apa pun saya tetap penyokong Arsenal walaupun tak dapat piala....setia beb.

Sebelum merapu kot lain rasanya baik stop dulu la dan tengok game kat TV tu... apa2 pun stay healthy, kuatkan ibadat and enjoy life and enjoy yourself...hahaha

Friday, October 23, 2009

haPPy beSdAy oKtoBeR gUyS n gaLs

Bulan Oktober ni sebenarnya ramai geng budiMaN sambut birthday masing-masing. Jadi saya rangkumkan sekalilah dalam satu artikel untuk ucapkan Selamat Hari Jadi kepada rakan budiMaN seperti di bawah ini yang menyambut hari jadinya dalam bulan oktober ini :

1. Ummi dsS - 7hb Oktober
2. Lan Kentei diA - 10hb Oktober
3. Wani dcS - 14hb Oktober
4. Apamz diA - 16hb Oktober
5. Walid diA - 21hb Oktober
6. Kitang diA - 22hb Oktober
7. Mizi Songkhla - 29hb Oktober
8. Muslim dsS dan Amir USA - 30hb Oktober

Semoga mereka yang menyambut harijadi samada belated ataupun postdated seperti nama-nama di atas...saya ucapkan selamat panjang umur, di murahkan rezeki, di sihatkan tubuh badan sentiasa, sentiasa berbahagia dan sejahtera di samping keluarga dan rakan-rakan semua hendaknya.

Nota : Gambar tu jeepney kat Manila n Davao. Tambang murah jer Peso7 @ RM0-50 sekali naik nak kemana-mana tapi kalau tak tahu route dia memang problemo la, jadi senang naik teksi tapi mahal la sikit. Selain dari jeepney ada jugak teksi motosikal cuma Peso5 @ RM0-35 tapi tu kalau dekat-dekat la.

Monday, October 19, 2009

seLaMat beRaNGkat biLaL

Sabtu lepas saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengunjungi Bilal di rumah beliau di Kota SieraMas, Nilai bagi mengucapkan selamat kepada beliau yang akan menunaikan haji. Kebiasaannya begitulah kalau di kampung bila ada yang nak menunaikan haji maka satu kampung akan datang menziarah untuk mengucapkan selamat jalan sambil bersedekah kepada bakal haji tersebut. Mulanya saya mengajak Kudin Mekanik, Fadil Sutok dan Walid untuk pergi bersama tetapi masing-masing sibuk dengan hal sendiri jadi saya ambil keputusan untuk menziarah Bilal dan isteri Puan Rohani bersama SK sahaja.

Insyaallah Bilal bersama isterinya Puan Rohani akan mendaftar di Tabung Haji Kelana Jaya untuk penerbangan beliau pada pukol 3-00 pagi nanti. Bilal mendapat penerbangan haji yang pertama dan merupakan kumpulan jemaah pertama dari Malaysia yang akan tiba di Arab Saudi. Semoga Bilal dan Rohani akan dipermudahkan dalam mengerjakan ibadah haji nanti serta selamat kembali semula ke Malaysia, insyaallah pada 3 Disember nanti.

Semasa menziarah Bilal di rumah beliau kebetulan Slamber Jr pun ada. Dan rakan budiMaN yang paling tidak di sangka juga muncul iaitu Affandi Daud dpA batch Julai 85 atau lebih dikenali sebagai Pendita Zaaba. Saya rasa sejak graduated dulu kira-kira 21 tahun dahulu tak pernah bertemu lagi dengan Zaaba ni tapi saya rasa fizikal beliau tak banyak berubah. Zaaba kini bertugas di Bahagian Pentadbiran PDRM Bukit Aman setelah 14 tahun bersama Kementerian Pelancungan. Bekeluarga dan mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki dan 1 perempuan. Zaaba kini tinggal di Kepong berhampiran FRIM. Sesiapa nak menghubungi Zaaba - 019-2199752.

Slamber Jr pun agak lama tak bertemu dengan beliau. Khabarnya perniagaan makin maju dan selain dari Pasaraya Mydin di pekan Nilai berhampiran stesyen bas Nilai, beliau akan membuka satu lagi cawangan Mydin di Kota SieraMas dan dijangka beroperasi mulai awal November ini. Hebat Slamber Jr dengan 2 cawangan Mydin kini...juta-juta tu beb.

Thursday, October 15, 2009

beRita kitANG

Saya ada menghubungi Kitang dan beliau memberitahu saya bahawa pembedahan ke2 berjalan dengan baik dan beliau telah selamat menjalani pembedahan tersebut. Beliau mungkin akan terus berada di Hospital Pantai Bangsar sehingga Ahad ini. Beliau berada di wad D 226.

Nota : Gambar kat atas ni gambar makanan yang di jual oleh gerai-gerai tepi jalan berhampiran Davao Town Hall Central Park. Saya cuba jugak la makan..sedap...jadi saya balun 2 biji sekali. Telur ayam dia orang rebus kemudian salutkan dengan tepung rangup dan goreng. Bila makan campurkan dengan timun dan sejenis sayur saya lupa dah macam pucuk paku tapi rasa dia macam plastik rangup jer ( Maybe macam midin yang kat sarawak kot ). Kemudian siram dengan cuka yang direndam dengan cili kecik. Sedapp jugak..hehe. Selain dari tu ada jual pisang muda bakar yang dicucuk macam satay dan ada daging barbeque tapi tau-tau je la daging apa kan. Harga telur tu Peso 5 sebiji manakala pisang bakar Peso 3 secucuk.

Wednesday, October 14, 2009

biLaL n kitaNG

Sebenarnya saya mendapat khabar dari Bilal dpA dan Kitang diA semenjak dari minggu lepas lagi tetapi kerana ketiadaan masa untuk posting artikel maka hanya malam ini saya berpeluang untuk menyampaikannya kepada rakan budiMaN semua.

1. Bilal dpA
Bilal suami isteri insyaallah akan bertolak ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardu haji pada 20hb Oktober 2009 ini iaitu pada minggu hadapan hari Selasa. Semoga perjalanan Bilal suami isteri di permudahkan pergi dan balik dan mendapat haji mabrur serta di permudahkan dalam menunaikan fardu haji nanti. Kepada rakan budiMaN yang ingin mengucapkan selamat kepada Bilal bolehlah menghubungi beliau di 013-3350036.

2. Kitang diA
Bendahari budiMaN saudara Kitang pula memberitahu saya bahawa beliau akan menjalani pembedahan ke dua di Pantai Medical Center pada hari ini 14hb Oktober 2009 jam 1-00 tengahari. Semoga Kitang akan selamat menjalani pembedahan tersebut dan akan kembali pulih kesihatannya seperti sediakala. Kitang boleh dihubungi di 019-7567799.

Friday, October 09, 2009

baCk iN kL

Alhamdulillah berkat doa keluarga dan rakan2 semua, saya selamat sampai ke Kuala Lumpur dari Manila, Philipines pada hari Selasa lewat petang. Amat meletihkan perjalanan saya untuk 2 hari terakhir di Philipines dan sampai di rumah dan keesokannya, saya mengambil peluang untuk berehat sepenuhnya. Semalam, hari Khamis saya memulakan tugas saya semula kerana banyak perkara yang perlu di selesaikan dan di dokumenkan untuk perjalanan saya di Philipines. Gambar di atas adalah gambar pertama yang saya rakamkan apabila tiba di Davao City yang menarik perhatian saya dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Datok Bandar Davao kepada penganut agama Islam di sana.

Insyaallah, gambar-gambar lain akan saya siarkan di sini dari masa ke semasa selain dari beberapa berita berkaitan rakan budiMaN yang saya perolehi di artikel akan datang.